Sunday, December 20, 2009

Perjalanan Ku bersambung lg..







Keesokan harinya selepas sarapan pagi dihotel saya dan ustaz syahbani kepasar pekan lahad datu untuk membeli ayam kampong dia rindu sangat nak makan kari ayam maklumlah orang kedah kari tak boleh tinggal lama,terkejut juga harga ayamnya memang mahal rm 25 seekor kari punya pasal dia beli 2 ekor tapi siapa nak masak..? haha bulan lepas dah kene kari mak angkat dikg binuang apa lagi nak dia masak untuk kali kedua pulak,seperti biasa ayah angkat ku pak masohol dah tahu awal lagi kedatangan kami kerumahnya orang tua ni hebat ilmu firasatnya,sampai saja ust sembelih sendiri ayam tu selesai masalah ayam..
Sambil menunggu mak angkat masak kari ayam kami berbual rancak mcm2 topik yang keluar dari bibir kami bertiga bau kari menusuk lubang hidung hehe jangan terliur ye..tup-tup hidangan dah sampai emm..apalagi ALLAH HUMMA BARIKLANA….sedang enak makan en din pun sampai juga kami jemput makan tak mau pulak katanya sakit gigi cobaan..en din..sempat juga berbincang dengan en din pasal nak cari orang untuk kerja di bengkel servicnya yang akan dibuka,.kebetulan pulak menantu pak masohol sorang dah lama tak kerja pandai pulak membaiki kerosakan kereta al hamdulilah selesai masalah en din kami pun selesai juga menikmati hidangan mak angkat terimakasi pak masohol dan seisi keluarga kerana sudi menjamu kami moga ALLAH tambah rezeki bapak sekeluarga amin…
Tepat jam 12 tengah hari saya dan ust bergerak balik ke kota kinabalu melalui jalan darat fuuhh.. perjalanan yang sangat mencabar jantung ku mana tidaknya meter kereta wira ust yang dia pandu sendiri tak pernah kurang dari 100 kalau ada pun 140 ke 160 jalanrayanya pulak tak ada yang lurus semuanya bengkok je.. masyaallah ust…orang lain sampai ke daerah kelahiran ku dari LD makan masa 6 jam tapi kami 4 jam setengah saja syukurlah masih hidup.
Kami singgah sebentar di kg peginatan dirumah mak mentua ketua kg bitoon en jonny johari terkejut dia kerana kami sampai awal..rasianya yang pertama memanglah sebap pemanduan yang laju tapi rasiah tambahannya adalah kerana kereta ust menggunakan minyak pelincir TPM dahlah kuasa bertambah jimat pulak petrolnya emm ajaib betul minyak pelincir ni tu yang ketua kg pun cerita juga perubahan kuasa van nya naik jalan berbukit tak ada masalah ramai kawan2nya yang hairan hinggakan ada yang menyangka dia telah mengubah suai enji vannya. Syukurla minyak pelincir titan power motor oil yang saya jual untuk tabungan kompleks tahfiz ini adalah minyak yang sangat bagus anda mesti cuba baru tau.
Waktu magrib dah masuk kamipun minta diri untuk meneruskan perjalanan ke pekan ranau untuk menginap dimotel dekat dengan kg saya kg sinarut baru ,selesai membersihkan diri dan solat jamak saya pun terus tidur BIMIKALLAH HUMMAH AHYAA..
Esok pagi lepas sarapan di gerai pak mail orang kedah jugak tu kami teruskan perjalanan ke k.k perjalanan ni 3 kali lebih mencabar kerana jalannya dipergunungan kinabalu subhanallah udaranya yang sejuk dan pemandangan gunung ganang yang sangat indah saya hayati bersama debaran jantung hehe laju mc biasalah ust syahbani ni.teringat pulak sahabat ku yang dah tak sabar nak tengok sendiri keidahan pemandangan ni pasti akan sampai juga satu hari nanti amin…sabar ye…
Alhamdulilah selamat juga sampai dibandar K.K saya terus kerumah adik osman diputatan..dirumah sewa barunya..sabar je lah dik..peristiwa rumah terbakar 2 bulan lalu pasti ada hikmah yang besar abg doakan kau tetap dimurahkan rezeki amin…
Hari kedua dirumah adik osman saya kene balik ke kuala lumpur sekejap kerana ada jemputan program persatuan nisa dan pusat zakat Selangor syukur pada mu ya ALLAH dalam kesibukan mencari dana tahfiz ada juga rezki panggilan persembahan. Penerbangan ku jadual yang terakhir jam 9.15 sampai lcc jam 12 mlm ,esoknya lepas subuh terus ke perak dengan kereta innova ditemani anak sulong ku yang ku sayangi Muhammad fathullah. Majlis dikampar selesai jam12 tengah hari .aku terus bergegas ke K.L lagi kerana program dibukit jalil dengan pusat zakat Selangor akan bermula jam 2.30 ptg di expo jom heboh.
Selesai mempromosi zakat selagor sekitar jam 5 ptg aku sempat balik rumah untuk mandi terus lagi ke rebutia kem untuk mengisi slot motivasi untuk pelajar harapan, mcm biasa selepas menghiburkan mereka dengan beberapa lagu aku mesti beri kesedaran mereka kesalahan terhadap ibu dan ayah mereka yang telah banyak berkorban untuk mereka sampai menangis.sekitar jam 10 selesai tugasan, aku balik rumah,esok paginya jam 7 isteri tercinta dengan anak2 menghantar ku ke LCC sampai dibalai perlepasan acipumur setahun dah mula nagis nak ikut sekali tahu pulak dia abahnya nak tinggalkan dia lagi..odon kalini tak nagis lansung agaknya dah puas nagis minggu lepas..mungkin dalam umur 2 tahun tu dah boleh fikir aku nangis pun bukannya boleh ikut..baik odon lambai je..bye abah…jangan tak balik ye..caaayaaangg…abah…
Aku terus masuk kedalam untuk mendaftarkan penerbangan.jam 10-25 pesawat terus membelah awan aku didalam perutnya terus terlena kepenatan sedar2 kapal dah nak mendarat barulah tegur orang sebelah..maafkan saya ye..kerana terus tidur tadi..eh tak apa tentu awak penat..emm awak ni nazrey raihan kan..?ye sayalah ni agaknya..sambil mengukir senyuman..aa..betullah awak ni nazrey..abg naz ni baguslah tak sombong.. tak mcm orang lain baru je terkenal dah tak mahu bertegur sapa padahal dulu masa sebelum jadi artis kawan saya juga katanay apa lah nak disombongkan dik..kita ni sama saja di sisi ALLAH..orang yang hebat hanyalah orang bertaqwa..dia mengangguk tanda setuju .
Selesai mengambil beg aku terus mencari adik ku yang berkerja di syarikat penerbangan air asiah bukan apa nak Tanya dia sama ada mak ada dirumahnya, belum sempat Tanya dia dah hulurkan kunci kereta apalagi aku pun memluknya walaupun baru 2 hari lepas jumpa dia.
Aku berehat sehari dirumahnya esoknya aku ke ranau lagi untuk konsert mengumpul dana, jam 8.45 mlm persembahan dimulakan oleh kumpulan nasyid belia mesjid ranau disambung lagi oleh kumpulan zihan terkejut saya melihat mereka ternyata ahli kumpulan mereka adalah kawan2 lama ku terutama yang seorang tu wahid..hampir tak kenal dulu badan berisi sekarang dah kurus sangat.tapi suaranya tambah sedap ku dengar, mlm tu lagu mereka yang sangat menyentuh adalah lagu ciptaan dan nyanyiannya sendiri sangat menusuk kalbu ku ..orang lain tak tahu la..mlm tu kehadiran orang agak ramai, rasanya berbaloi lah promosi yang dibuat oleh cikgu soleh,kak laura stokist ranau dan ketua kg bitoon sendiri walaupun dalam masa yang singkat,system bunyinya juga sangat bagus tuannya pulak sanggup berlebih kurang demi membantu usaha kami,kutipan tunai ml tu sebanyak rm 2000 alhamdulilah terimakasih warga islam ranua yang datang menderma ke konsert amal itu moga ALLAH menambah rezeki tuan-tuan amin…
c

No comments:

Post a Comment