Showing posts with label My journey. Show all posts
Showing posts with label My journey. Show all posts

Sunday, October 10, 2010

Nazrey Johani Live in Pattani


konsert kali ke 2 ini memang saya tak sangka dapat diadakan dipattani. pada tengah hari itu hp saya berdering beberapa kali dari nombor yang saya tak kenal, belum sempat saya jawap.. panggilan masuk sudah terputus lalu saya tunggu hinggah kembali berdering, beberapa minit kemudia hp saya berbunyi lagi saya terus menjawapnya dengan memberi salam.dan dengan nada bersungguh2 dalam loghat kelantan kenalan baru ini menjawap salam saya tadi " saya fajree dari pattani berhajat menjemput ust nazrey untuk membuat persembahan di pattani".

Alhamdulilah hasrat ust fajree untuk menjemput dan mengadakan persembahan dipattani yang diadakan didewan besar CS PATTANI HOTEL telah menjadi kenyataan pada tarikh 12 september yang lalu saya merupakan jemputan khas dari malaysia untuk membuat persembahan secara solo. saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh saudar seislam dipattani pada petang itu subhanallah...

perjalanan saya ke pattani thailand kali ini ditemani oleh anak saya Nur Syafiqah Raihani Al Balqish. kebetulan dia memang berhasrat untuk ikut walaupun saya sedikit keberatan untuk membawanya bersama . inilah anak ku yang banyak menemani ku bermusafir membuat persembahan didalam dan luar malaysia memang anak bertuah , sebelum ini pun dia pernah ikut saya ke indonesia dan singapura.

petang itu syafiqah juga menyampaikan satu lagu dari al bum syahadah ( wahai adik ku sayang) persembahannya mendapat tepukan gemuruh dari penonton biasalah tu kanak2 memang semua orang suka apa lagi kalau pandai menyanyi.

ramai juga kumpulan nasyid yg turut sama memriahkan konsert itu dan ada 3 kumpulan yang menyanyikan lagu dari Al bum solo sayahadah dan nostalgia memory the zikr malah mereka menyanyikan dalam bahasa thai, saya sangat terharu dengan penerimaan mereka pada lagu2 saya, perkembangan nasyid di selatan thai juga sudah jauh lebih baik berbanding 10 tahun dulu. kelebihan lagu-lagu nasyid diselatan thai dapat menyatukan ummat islam disana walaupun mereka datang dari pelbagai jamaah yang berbeza pendapat dalam memperjuangkan islam diselatan thai alhamdulila tahniah buat ustaz fajree dan semua sahabatnya yang sama-sama berusaha memakmurkan islam dipattani khususnya. pattani juga sedang maju kehadapan dimana sebuah bangunan kompleks membeli-belah sedang dibangunkan yang bertemakan islam sepenuhnya, bukan itu saja pattani juga akan membangunkan sebuah bandar islam yang dinamakan PATTANI JAYA ditapak seluas 100 ekar yang diusahakan oleh 100 dokter pakar islam thailand. mudah-mudahan ianya akan segera terbangun dan ini pasti akan membawa perubahan besar pada ummat islam selatan thai amin amin amin.. YA.. ALLAH..

Wednesday, August 18, 2010

kami bukan orang siam



























assalamualaikum w.t.b

kepada semua pengunjung blog saya.. salam... ramadhan al mubarak semoga rmadhan tahun ini dapat memberi kekuatan kepada kita untuk beribadah dan membersihkan diri walaupun setiap diri kita menyambut ramdhan ini dengan rasa yang berbeza namun hanya satu tujuannya adalah untuk mentaati Allah.


baru-baru ini saya telah dijemput untuk membuat persembahan diselatan thailand oleh syarikat dari malaysia (tuan hj syakri pasar raya pendang) yang telah megadakan expo perdagangan disebuah sekolah darunsatwitya milik ahli parlimen thailand yg berbahagia ust nimuktar vaba.


sambutannya dari masyarakat setempat taluban saiburi adalah diluar jngkaan hampir 10.000 orang yang datang ke expo yg diberi nama karsep itu peniaga yg menyertai jualan juga gembira dan bersemangat kerana kesemua gerai jualan mendapat sambutan hangat dari pengunjung pada hari perasmian expo itu dato mashitah ibrahim juga dijemput sebagai tetamu kehormat malaysia.


sepanjang perjalanan saya dari kota bahru melalui rantau panjang sg golok memang agak mencabar pada hari itu kerana saya terpaksa menaiki taxi kesempadan malaysia thailand kerana orang yg diamanahkan untuk mengambil saya di air port tidak dapat masuk malaysia disebapkan dokument keretanya tidak lengkap, setelah menunggu hampir 2 jam barulah ust ridwan dan 2 lagi rakanya sampai untuk menjemput saya, kebetulan hari itu adalah hari jumaat jadi dalam perjalanan kami ke pattani saiburi singgah dulu solat jumaat disekitar naratiwat.


apa yang saya sedar kali ini adalah tentang betapa kuatnya islam diselatan thailand ini, memang sudah beberapa kali saya dijemput membuat persembahan di yala,naratiwat dan pattani sejak bersama raihan lagi namun tak sempat mengamati suasana islam disini tapi kali ini Allah telah membuka mata hati dan fikiran saya dimana baru saya sedar hampir kurang dari 500 meter ada mesjid yang dibena disepanjang jalan yang mana bagi saya inilah kekuatan islam diselatan thai dan satu perkara yg ingin sangat saya kongsikan pada pembaca kali ini adalah tentang perasaan ummat islam selatan thai mereka tidak pernah merasa diri mereka sebagai org siam bahkan mereka sebenarnya tidak senang dipanggil "orang siam"sejak ratusan tahun dahulu dalam hati dan fikiran mereka adalah orang islam melayu yang tinggal dalam tanah jajahan thailand yang menghormati pemerintah namun sering menjadi mangsa pergaduhan politik.jadi jika bertemu mereka dimalaysia atau dimana saja tanya mereka dari mana baru tahu sama ada dari pattani,yala atau naratiwat maka panggilah mereka dari tempat itu atau yg terbaik gelar mereka melayu islam selatan thai kerana mereka merasa sebahagian dari kita.


lama juga tak datang kepattani alhamdulilah kali ini sampai saya ke selatan thai mungkin mereka juga menyangka saya sudah tidak aktif dalam bidang nasyid, yang mengembirakan saya ketika membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu dari al bum solo ramai juga yang tahu dan boleh ikut sama dan kali ini saya lebih yakin untuk beramah mesra dengan mereka dalam bahasa melayu setelah saya sedar mereka memang kebanyakanya boleh berbahasa malyu loghat selatan thai, tapi gembira juga dapat bercakap dalam bahasa thai mengingat kembali beberapa perkataan yg telah lama saya hafal ketika datang kesini beberapa tahun dulu, mereka pula bersorak ketawa bila mendengar saya berbahasa thailand bahasa rasmi mereka.


dalam perjalanan balik begitu banyak sekatan tentera thai sepertinya selatan thai sudah tidak aman lagi tapi ummat islamnya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa kerana mereka tidak ada pilihan dan memang mereka seharusnya terus tabah untuk meneruskan kehidupan saya sempat singgah bergambar dimasjid kerisik dimana berlakunya peristiwa umat islam yang sedang khusyuk solat jamaah ditembak dengan kejamnya kesan tembakan masih jelas kelihatan pada dinding mejid kersik,kasihan saudara kita diselatan thai ada saja ujian dan musibah yg menimpa.kali ini saya balik melalui takbai sempadan malaysia thai yg juga telah mencatat sejarah peristiwa pembunuhan ummat islam yg sangat kejam dan tak berperikemanusiaan, saya menyeberangi sg golok menaiki bot kecil dengan harapan akan sampai cepat ke lapangan terbang kota bahru namun nasib tidak menyebelahi saya pada hari itu kerana tak sempat juga ke kaunter masuk sebelum ditutup apa pun semuanya sudah menjadi ketentuan Allah

Saturday, January 30, 2010

MENZIARAH TAPAK

Salam buat semua shbt2 ku amnya dan terutama skali shbt2 ku yg setia menziarahi blogku ini khususnya..Kali ini, saya Nazrey Johani ingin menceritakan tentang perjalanan saya ke sabah pd 26 hr bln januari yg lalu...dan tujuannya tidak lain & tidak bkn, adalah utk menziarah tapak pembinaan 'Kompleks Tahfiz Bayu Syahadah"..

Kali ini saya tidak berseorngan, dan kali ini saya bawa seseorng yg blum prnah ke Sabah..hehe sronok adik saya sorng ni..maklumlah 1st time ke Sabah..emm sape lg kalau bkn hezry..tapi tidak berdua shja, tetapi kami bersama Mr. Lam, seorg kontraktor yg ingin mngusahakan resort di tahfiz tu nnti..jd saya mmbawanya menziarah tapak trsbut...saya & hezry bertolak dari rumah saya ke airport lbh kurng pkul 7pg..setibanya di sana, kami brjumpa dgn mr. lam yg turut mmbawa isterinya..kami menaiki kapal trbng yg sama & flight kami berlepas pd jam 10pg..


Alhmdulillah kami slmt tiba di airport Kota Kinabalu sekitar jam 12.30 tgh hari & trus mnjamu selera di tepi pantai yg indah..hehe..setelah itu kami trus berangkt mnuju ke kundasang di mana di situlah kami brmalam..Mr. Lam isterinya tggal di homestay yg berbeza manakala saya & hezry pula di homestay yg brbeza..emm 1st day mmg tak byk aktiviti yg kami lakukan krn agk keletihan..Kami berancang utk mnziarahi tapak esok hari..hehe..Di sebelah mlm, saya & hezry sempat juga menonton movie di laptop kami sblm tidur..hehe

Pada keesokan harinya pula, kami berempat menuju ke kg bitoon di mana di situlah tapak sekolah tersebut..dan kami bertolak sekitar jam 6.30 pg..Ha pada hari ini hezry sbg arkiteknya pun memulakan tugas dgn membuat 'site analysis', hehe..Mr. Lim turut mngmbil gmbr utk resort tu nnti..Kami disambut oleh ketua kampung, en Johari Yundang, yg telah mewakafkn tanah seluas 30 ekar..Slps itu, kami berempat pergi mnziarahi tanah kosong di atas bukit & sempat juga mngmbil gmbr,hehe..Saya juga mmbawa mereka mnziarahi pakcik saya di rumahnya..emm sudah agak lama saya tidak bersua dgnnya, rindu pula rasa..Setelah selsai kami bersiar2 kami pulang ke tmpt pnginapan masing2..Bkn main seronok lg hezry sbb dpt melawat ke plbagai tempat & kampung2 di Sabah..


Pd hari ke-3 pula saya membawa mereka ke tempat air panas poring di mana pelancong2 boleh mandi air panas di situ..Seblum masuk, saya & hezry singgah mkn di kedai yg terletak di hadapan tmpt trsebut..Masakannya Masya Allah..mmg sedap..ha bg siapa yg melawat ke tmpt tersebut, boleh sggah di kdai mkn tu..Mr. Lam & isterinya tidak melpaskan pluang utk mandi, manakala saya dan hezry pergi mnuju ke air terjun yg berdekatan..Alangkah sronoknya hezry bila smpai di air terjun..tapi kami tak mandi, cuma kami berdua pluang ber'posing'..hohoho...lihat saje gmbr2 kami ini,hehe...setelah smuanya selesai, kami terpaksa bertolak awal mnuju ke airport di KK utk mngejar flight..perjalanan kami dari kundasang ke airport memakan masa lbh kuarang 2 jam stngh..

Setibanya di airport kami berehat sbntr & check in..flight kami berlepas pd pkul 8mlm..Alhmdulillah kami slmt tiba di KL lbh kurang jam 10.30 mlm dan saya & hezry disambut oleh abg ipar saya utk mngmbil kereta kami di rumahnya..Alhmdulillah, smuanya slmt & Insya Allah kami akn kerap ke sabah lpas ni utk menghidupkan 'Kompleks tahfiz Bayu Syahadah'..Doakan perjuangan kami ini..ameen