Tuesday, December 22, 2009

Diary Ku Di Sabah















8/12/09 - selepas sarapan pagi saya dan ust syahbani bergerak balik ke kota kinabalu sampai dikundasang untuk mengambil balik banner yang diiklankan didepan pasar menjual sayur-sayuran segar tanah sejuk kundasang,dalam hati nak tolong ust untuk cabut iklan tu.tapi ust tak bagi, tunggu dalam kereta je katanya, saya hanya memandang ust melepaskan ikatan tali ikatan banner sesekali ada orang yang lalu untuk tawarkan bantua tapi ust kata terimakasih tak pe...sikit je..ni... selesai kami teruskan perjalanan sampai dikota kinabalu lebih kurang jam 11 pagi lebih terus ke bengkel servic titan power moto oil satu-satunya benkel kereta yang baru dibuka dijalan lintas al hamdulilah..dapat buat satu syiar lagi untuk masyarakat islam kota kinabalu jika ada kelapangan dan ada masalah kerosakan enjin kereta datanglah ke bengkel ini perkhidmatan yang kami sediakan dengan jujur dan murah pasti tidak akan memberi beban pada anda,janganlah anda terus rela ditipu oleh bengkel-bengkel yang banyak diusahakan oleh bangsa lain yang hanya mementingkan keuntungan semata dan seharusnay bangsa atau ummat islam lebih banyak menceburi bidang perniagaan membaiki kereta mudah-mudahan semuanya jujur amin...

9/12/09 - konsert mengumpul dana dikota belud macam biasa majlis bermula jam 9 mlm alhamdulilah penuh juga dewan rasa sayang kg bobot,mlm tu yang buat persembahan kumpulan nasyid dari daerah kota belud boleh tahan juga, kumpulan zihan saya jemput lagi kali ini mereka jemput saya untuk nyanyi lagu dusun kegemaran saya walaupun tak tahu satu patah perkataan lagu tu tapi kerana sukakan lagu tu saya layan sebaiknya tambah je apa yang patut janji sedap didengar.kutipan mlm tu hanya lepas bayar balik kos promosi saja tak apalah yang penting dapat memberitahu orang ramai tentang kompleks tahfiz insyALLAH pasti akan ada yang menghulurkan derma ikhlas pada hari lain menerusi no akun al tahfiz bayu syahadah resources amin...selesai bergambar bersama kami bersalaman berpelukan mengucapkan terimakasih atas pengorbanan masing memberi sokongan pada usaha saya untuk mengumpul dana al tahfiz terimakasih sahabatku dan saudara seislam ku di kota belud.

10/12/09 - saya rehat satu hari dirumah adik osman adik-beradki ramai yang datang ziarah saya disana masing -masing ambil peluang untuk megeratkan silaturrahim mudahan ikatan kasih keluarga ku sentiasa segar dan kuat amin...saya pulak mengambil peluang untuk menjemput mereka ke perasmian bengkel servic kereta titan power motor oil dijalan lintas pada keesokan malamnya. perasmian mlm tu ramai yang datang ust syahbani sembelih satu ekor lembu untuk meraikan semua tetamu yang datang,majlis berjalan lancar dengan persembahan nasyid dan slide al tahfiz dan video TPM semua yang datang mendengar penerangan dari saya dengan penuh minat alhamdulilah, majlis selesai hampir jam 12 mlm terimakasih kepada semua yang datang saudara,keluarga, teman dan sahabat selepas ni jangan lupa datang kebengkel tpm atau mengguna minyak TPM.

11/12/09 - rehat sehari lagi program 12 hb yang sepatutnya akan berlangsung didewan saadah wisma muis terpakasa ditangguhkan kerana dewan itu diguna oleh jabatan kerajaan kebetulan persediaan promosi kurang baik,sempat juga saya iklankan pembatalan itu di surat kabar sabah times, seorang kawan didaerah keningau sempat membaca berita tersebut dia terus menghubungi ust syahbani untk berurusan menjemput kami kemajlis mereka pada 12 hb alhamdulilah ada juga program pada hari itu. 13hb saya dan ust kebangunan petronas untuk berjumpa biro agamanya dengan harapan mereka sedia menyumbang untuk al tahfiz tapi kata mereka petronas tak akan beri apa-apa untuk dana al tahfiz ini pelik juga tapi tak apalah itu hak mereka biarkanlah mungkin ALLAH tak pilih mereka untuk membantu walaupun saya yakin ramai pekerja petronas yang sedia membantu secera peribadi.

14/12/09 - saya terbang balik ke kuala lumpur jadual penerbangan terakhir..alahamdulilah selamat sampai..dijemput isteri tercinta anak-anak dalam van innova semua dah tertidur..menunggu ayahnya kesian anak-anak abah..dan maknya.....esok hari rehat cukup-cukup kerana sehari lagi akan buat persembahan besar... TUNGGU..

No comments:

Post a Comment