Saturday, November 21, 2009

TOUR de TAHFIZ..

Assalamualaikum wtb. Syukur alhamdulilah kehadrat ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Muhammad s.a.w kerana usaha saya untuk membangunkan kompleks Al-Tahfiz Bayu Syahadah di tanah kelahiran saya ranau Sabah sudah mula mengorak langkah sedikit demi sedikit berkat keyakinan dan kegigihan serta doa sahabat dan teman yang sama-sama mahu melihat agar terbangunnya pusat pengajian ini. Pada 19 nov yang lalu saya bersama rakan-rakan yang baik hati telah melancarkan soft launch iaitu mewawarkan konsert menjelajah IPT yang diberi nama 'Tour de Tahfiz' Nazrey Johani, di hotel concorde shah alam di mana dalam sidang akhbar ini bertujuan untuk memberi tahu kepada ummat islam di Malaysia dimana saya akan membuat konsert-konsert diseluruh ipt-ipt dan juga majlis makan malam untuk mula mengumpul dana bagi membangun kompleks tahfiz di ranau sabah. Konsert-konsert di IPT ini akan melibatkan semua kumpulan nasyid tanah air mudah-mudahan semua akan berjalan lancar dengan kerjasama yang baik dari semua pihak.



Sesungguhnya saya tidak akan mampu untu menjayakan usaha ini tanpa bantuan dan sokongan dari saudara semua. Oleh itu saya dengan rendah hati mengalu-alukan semua pihak untuk menyusun program konsert atau pun majlis makan malam ini di mana sahaja dari sekarang dan seterusnya sehinggalah kita berjaya untuk mengumpul dana yang diperlukan. Anda bolehlah menghubungi saya di nombor 012-913 1566/ 016-660 1729 atau Hezry di nombor 012-690 8060.



Harapan saya marilah kita sama-sama bergabung tenaga untuk membela nasib ummat islam disabah yang ketandusan pusat pengajian.




No comments:

Post a Comment