Tuesday, December 22, 2009

MALAM GEMILANG...

Dewan CAC UIA yg gemilang

16hb adalah tarikh yang ditunggu-tunggu oleh adik ku hezry begitu juga dengan saya, dia pula dah 2 minggu kurang tidur, tak lalu makan, mandi tak basah,hehe.. bukanlah sebab sedang dilamun cinta..buah hati pun tak ada adik ku sorang ni...emm hebat tu pemuda soleh, amin...(abg doakan kau akan dapat buah hati yang akan menjaga iman mu dan mahu berjuang sama untuk mencapai usaha kita untuk membangunkan al tahfiz) amin..hehe.. kengkawannya pun turut kurang tidur dan rehat itulah komitee konsert 'Tour de Tahfiz' UIA, ALLAHUAKBAR semoga setiap usaha keikhlasan pengorbanan dan perjuangan adik-adik semua akan diterima ALLAH amin..semoga apa yang telah adik2 mulakan ini akan dicontohi oleh IPT-IPT yang lain mcm KUIS yang akan adakan pada 16hb january ini. Walau apapun apa yang adik2 telah mulakan ini adalah titik mulanya nadi perjuangan mengumpul dana ini di IPT-IPT

Setelah berusaha berkorban masa wang ringgit tenaga dan buah fikiran akhirnya pada 16hb malamnaya berlangsunglah konsert sulong mengumpul dana didewan CAC UIA dengan kerjasama pelajar jurusan arkitek (bdk2 arch 3rd yr), persembahan dimulakan oleh kumpulan ALGEBRA memang best..begitu juga dengan NICE disusuli oleh INTEAM semuanya membuat persembahan dengan mantop, saya menikmati persembahan mereka dengan rasa terharu kerana mereka semua pun sanggup berkorban menerima jemputan walaupun kami hanya mampu membayar token rm 350 sahaja, ALLAH saja yang mampu membayar jasa adik2 semua, abg doakan agar rezki dan populariti adik2 akan bertambah amin..dan konsert ini akan saya adakan lagi di banyak ipt2, dan apabila dana sudah banyak saya akan beri bayaran yang
lebih tin ggi atau berpatutan pada kumpulan nasyid INSYALLAH..saya juga dapat membuat persembah an dengan selesa kerana sound sistem yang dikendalikan oleh sy ed..sangat bagus..terimakasih syed..pengorbanan kamu juga sangat membantu mlm tu dengan harga sewaan yang sangat berpatutan.


Saya juga sempat membacakan puisi nukilan adik ku hezry dengan penuh perasaan, bagus puisinya..Abg turut tersentuh dengan isi-isi puisi mu..terimakasih adik ku atas usaha mu dan sahabat2 mu yang telah berjaya menjayakan konsert ini..Ramai yang datang mlm tu hampir penuh dewan CAC tak sangka begitu ramai yang menyahut seruan dana tahfiz. Mlm itu rasa bangga dengan kerja adik2 ku,rasa terharu air mata ku keluar dari sepasang mata ku tanpa sedar..ALLAHHUAKBAR..sungguh besar kurniaan-Mu pada ku dan sahabat2 ku. Mlm tu sumbangan derma dan jualan tiket tidak kurang dari RM8000.. Alhamdulilah terimakasih kepada semua yang datang menyumbang pada ml itu.terimakasih ya ALLAH Engkau yang maha pemurah maha penyayang maha pengampun kepada kami semua semoga bantuan dan redha-Mu akan terus mengiringi usaha kami ini amin ya rabbalalamin..


Gambar2 kenangan..

pandang camera syg..eh2 yg sebelah tu mcm knal jer..hehe


bersama peminat2 lpas konsert



Masya Allah..rmai yg hadir


inilah org kanan ku..adik ku hezry



bersama adik2 ku komittee UIA yg terbaik..jutaan trima kasih

No comments:

Post a Comment