Friday, July 23, 2010

konsert malam kesenian islam uniten


assalamualaikum w.t.b
kepada semua pengunjung blog al tahfiz bayu syahadah terlebih dahulu saya mohon maaf kerana baru sempat untuk mengisi info terbaru, kali ini saya telah dijemput untuk membuat pesembahan di uniten sempena konsert malam kesenian islam yang dirancang oleh penuntut pencinta hiburan islam uniten buat pertama kali.

namun alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar syukur.... sebenarnya konsert ini adalah bertitik tolak dari konsert tour d tahfiz yang telah bergerak diipt-ipt sejak bulan 12 tahun lepas dan diatas sebap mahu membantu pengumpulan dana untuk membangun pusat pengajian tafiz diranau sabah.
malam itu persembahan diserikan oleh kumpulan al gebra mcm biasa ahnaf dan sahabat perjuangannya akan membuat persembahan mereka dengan tenang dan bersahaja itulah cara anaf sangat bersahaja saya suka juga mcm tu mereka ada cara yang tersendir.
sambutan konsert malam kesenian islam pada malam itu adalah diluar dugaan dewan penuh dengan penonton mudahan dakwah hiburan islam telah dapat disampaikan dengan baik pada malam itu yang penting bagi saya adalah usaha penuntut uniten untuk mengadakan konsert ini..satu usaha yg muli, semoga akan terus diperjuangkan pada masa akan datang dan semakin hebat yang penuh dengan nilai dakwah amin..kumpulan al farobi juga dijemput untuk memeriahkan malam kesenian ini..dan ini adalah kali pertama saya menyaksikan persembahan mereka..namanya pun sahabat al farobi maka ramailah sahabatnya yang terlibat ntuk membuat persembahan emm..menarik juga tahnia al farobi...persembahan dari komitee
konsert mlm kesenian islam uniten juga sangat menarik dan sangat mendalam maknanya
mereka membawa mesej menegakan dan memperjuangkan islam akan sentiasa dihalang oleh kejahatan dan kemungkaran yang ada dalam diri manusia itu sendiri dan juga musuh islam yang nyata.
persembahan penutup mlm itu disempurnakan oleh yassin..... fuh..dah lama tak tengok yasin membuat persembahan.yang mengejutkan saya adalah rambutnya yang dah dipotong teringat zaman yasin diperingkat awal kumpulan brothers..banyak juga lagu yang dipersembahkan mlm tu..tahnia yassin dengan penampilan baru.dan tahnia juga pada seluruh komitee konsert malam kesenian islam yang mendapat sambutan luar biasa kita mesti teruskan perjuangan ini agar tidak akan lenyap diipt-ipt dan bumi malaysia wassalam..jumpa lagi dalam info yang lain..

1 comment:

  1. Assalamualaikum..

    Alhamdulillah...

    Saya juga turut berbangga dengan kejayaan mereka menganjurkan MKI tersebut. Agak terkilan kerana tidak berkesempatan berada di sana memandangkan sudah menamatkan pengajian di UNITEN April yang lalu. Tetapi saya sempat mendengar dua buah lagu drpd saudara Nazrey Johani yang telah direkod..

    Walaupun tak berkesempatan di sana, cukuplah menghantar sahabat saya sebagai wakil..

    Selamat berjaya!

    :)

    ReplyDelete