Sunday, October 10, 2010

Nazrey Johani Live in Pattani


konsert kali ke 2 ini memang saya tak sangka dapat diadakan dipattani. pada tengah hari itu hp saya berdering beberapa kali dari nombor yang saya tak kenal, belum sempat saya jawap.. panggilan masuk sudah terputus lalu saya tunggu hinggah kembali berdering, beberapa minit kemudia hp saya berbunyi lagi saya terus menjawapnya dengan memberi salam.dan dengan nada bersungguh2 dalam loghat kelantan kenalan baru ini menjawap salam saya tadi " saya fajree dari pattani berhajat menjemput ust nazrey untuk membuat persembahan di pattani".

Alhamdulilah hasrat ust fajree untuk menjemput dan mengadakan persembahan dipattani yang diadakan didewan besar CS PATTANI HOTEL telah menjadi kenyataan pada tarikh 12 september yang lalu saya merupakan jemputan khas dari malaysia untuk membuat persembahan secara solo. saya sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh saudar seislam dipattani pada petang itu subhanallah...

perjalanan saya ke pattani thailand kali ini ditemani oleh anak saya Nur Syafiqah Raihani Al Balqish. kebetulan dia memang berhasrat untuk ikut walaupun saya sedikit keberatan untuk membawanya bersama . inilah anak ku yang banyak menemani ku bermusafir membuat persembahan didalam dan luar malaysia memang anak bertuah , sebelum ini pun dia pernah ikut saya ke indonesia dan singapura.

petang itu syafiqah juga menyampaikan satu lagu dari al bum syahadah ( wahai adik ku sayang) persembahannya mendapat tepukan gemuruh dari penonton biasalah tu kanak2 memang semua orang suka apa lagi kalau pandai menyanyi.

ramai juga kumpulan nasyid yg turut sama memriahkan konsert itu dan ada 3 kumpulan yang menyanyikan lagu dari Al bum solo sayahadah dan nostalgia memory the zikr malah mereka menyanyikan dalam bahasa thai, saya sangat terharu dengan penerimaan mereka pada lagu2 saya, perkembangan nasyid di selatan thai juga sudah jauh lebih baik berbanding 10 tahun dulu. kelebihan lagu-lagu nasyid diselatan thai dapat menyatukan ummat islam disana walaupun mereka datang dari pelbagai jamaah yang berbeza pendapat dalam memperjuangkan islam diselatan thai alhamdulila tahniah buat ustaz fajree dan semua sahabatnya yang sama-sama berusaha memakmurkan islam dipattani khususnya. pattani juga sedang maju kehadapan dimana sebuah bangunan kompleks membeli-belah sedang dibangunkan yang bertemakan islam sepenuhnya, bukan itu saja pattani juga akan membangunkan sebuah bandar islam yang dinamakan PATTANI JAYA ditapak seluas 100 ekar yang diusahakan oleh 100 dokter pakar islam thailand. mudah-mudahan ianya akan segera terbangun dan ini pasti akan membawa perubahan besar pada ummat islam selatan thai amin amin amin.. YA.. ALLAH..

1 comment: