Thursday, August 5, 2010

perasmian tapak al tahfiz bayu syahadah 1 ogos 2010














subhanallah alhamdulilah Allah hu akbar...syukur kepada Allah yg maha pengasih lagi maha penyayang selawat dan salam pada rasul junjungan penghulu dan penutup segala nabi, dengan izin Allah majlis perasmian tapak pusat pengajian al tahfiz bayu syahadah telah dapat dilaksanakan pada 1 ogos 2010 baru-baru ini saya merasa amat terharu kerana majlis ini telah berjaya diadakan dan disini saya dan seluruh ajk mengucapkan jutan terimakasih kepada datuk hj amri bin hj suratman selaku pengarah jahins sabah kerana telah datang untuk merasmikan tapak pusat pengajian ini yang terletak dikawasan pergunungan kinabalau dipertengahan antara kota kinabalu dan ranau insyAllah apabila al tahfiz ini siap dibena maka akan bermulalah syiar islam disini... alamat sebenarnya tempat ini adalah ranau by pass kg bongol ditepi jalan utama keranau dari k.k anda akan nampak setelah satu jam perjalanan.

buat masa ini surau sudah boleh dimanfaatkan untuk solat pada sebelah siang sahaja kerana kemudahan elektrik belum dilengkapi. saya juga mengucap kan tahnia kepada puan rosanani,ebin,syarifa,iss,man dan imam juslin kerana telah berusaha gigih untuk memastikan majlis ini dapat berjalan dengan baik dan ucapan setinggi-tinggi penghargaan kepada en noriman
abdullah yang telah mewakafkan sebidang tanah untuk memulakan pembinaan al tahfiz bayu syahadah semoga usaha kita semua akan diberkati Allah amin..

disini saya mengalu-alukan kepada semua hartawan dan dermawan untuk bangkit membantu pembinaan al tahfiz ini agar kita dapat memulakan pengajian disini secepat mungkin untuk kita memulakan pendidikan melahirkan generasi al quran disabah amin..ya rabbalalamin...

11 comments:

  1. salam untuk semua pengunjung blog diharapkan semuanya sihat dan dalam lindungan Allah alhamdulilah perasmian tapak al tahfiz bayu syahadah telah disempurnakan pada 1 ogos mohon diwar-warkan kepada hartawan dan dermawan agar mereka dapat menyumbang amin..

    ReplyDelete
  2. salam... Tahniah ustaz nazrey.... Terharu sangat.... akhirnya ada juga sekolah tahfiz di Ranau....

    ReplyDelete
  3. ustaz..ketemu kita di Sirah Muzikal 2010..sumbangan untuk sekolah tahfiz secara terus sangat dialu2kan..

    sila rujuk www.sirahmuzikal.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum. Dah lama rasanya ustz x update pasal sekolah tahfiz ni. Kalau boleh, nak juga tahu perkembangan sekolah tahfiz ni.

    ReplyDelete
  5. Baru buat entri pasal Altahfiz Bayu Shadah ni...

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah.... Saya akan tolong war war kan...

    ReplyDelete
  7. Salam ukhwah..
    InsyaAllah kami akan sebar2kan :)
    Mari beramal. Tahniah Ustaz..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih ustaz datang ke KOlej Matrikulasi Johor pada 15 Feb 2014 ..... Semoga Ustaz dianugerahkan kekuatan dari Allah untuk meneruskan perjuangan Rasulullah S.a.w menyiarkan Islam di bumi Sabah. Semoga Allah Taala kurniakan kesejahteraan kepada Ustaz.

    ReplyDelete
  9. Salam, sy dr td mencari2 no akaun bank utk sumbangan pembinaan tahfiz bayu syahadah ni... admin, boleh publishkan no akaun bank?

    ReplyDelete
  10. Saya peroleh drpd fb;

    CIMB 8600627302

    ReplyDelete