assalamualaikum w.t.b
kepada semua pengunjung blog saya.. salam... ramadhan al mubarak semoga rmadhan tahun ini dapat memberi kekuatan kepada kita untuk beribadah dan membersihkan diri walaupun setiap diri kita menyambut ramdhan ini dengan rasa yang berbeza namun hanya satu tujuannya adalah untuk mentaati Allah.
baru-baru ini saya telah dijemput untuk membuat persembahan diselatan thailand oleh syarikat dari malaysia (tuan hj syakri pasar raya pendang) yang telah megadakan expo perdagangan disebuah sekolah darunsatwitya milik ahli parlimen thailand yg berbahagia ust nimuktar vaba.
sambutannya dari masyarakat setempat taluban saiburi adalah diluar jngkaan hampir 10.000 orang yang datang ke expo yg diberi nama karsep itu peniaga yg menyertai jualan juga gembira dan bersemangat kerana kesemua gerai jualan mendapat sambutan hangat dari pengunjung pada hari perasmian expo itu dato mashitah ibrahim juga dijemput sebagai tetamu kehormat malaysia.
sepanjang perjalanan saya dari kota bahru melalui rantau panjang sg golok memang agak mencabar pada hari itu kerana saya terpaksa menaiki taxi kesempadan malaysia thailand kerana orang yg diamanahkan untuk mengambil saya di air port tidak dapat masuk malaysia disebapkan dokument keretanya tidak lengkap, setelah menunggu hampir 2 jam barulah ust ridwan dan 2 lagi rakanya sampai untuk menjemput saya, kebetulan hari itu adalah hari jumaat jadi dalam perjalanan kami ke pattani saiburi singgah dulu solat jumaat disekitar naratiwat.
apa yang saya sedar kali ini adalah tentang betapa kuatnya islam diselatan thailand ini, memang sudah beberapa kali saya dijemput membuat persembahan di yala,naratiwat dan pattani sejak bersama raihan lagi namun tak sempat mengamati suasana islam disini tapi kali ini Allah telah membuka mata hati dan fikiran saya dimana baru saya sedar hampir kurang dari 500 meter ada mesjid yang dibena disepanjang jalan yang mana bagi saya inilah kekuatan islam diselatan thai dan satu perkara yg ingin sangat saya kongsikan pada pembaca kali ini adalah tentang perasaan ummat islam selatan thai mereka tidak pernah merasa diri mereka sebagai org siam bahkan mereka sebenarnya tidak senang dipanggil "orang siam"sejak ratusan tahun dahulu dalam hati dan fikiran mereka adalah orang islam melayu yang tinggal dalam tanah jajahan thailand yang menghormati pemerintah namun sering menjadi mangsa pergaduhan politik.jadi jika bertemu mereka dimalaysia atau dimana saja tanya mereka dari mana baru tahu sama ada dari pattani,yala atau naratiwat maka panggilah mereka dari tempat itu atau yg terbaik gelar mereka melayu islam selatan thai kerana mereka merasa sebahagian dari kita.
lama juga tak datang kepattani alhamdulilah kali ini sampai saya ke selatan thai mungkin mereka juga menyangka saya sudah tidak aktif dalam bidang nasyid, yang mengembirakan saya ketika membuat persembahan dengan menyanyikan lagu-lagu dari al bum solo ramai juga yang tahu dan boleh ikut sama dan kali ini saya lebih yakin untuk beramah mesra dengan mereka dalam bahasa melayu setelah saya sedar mereka memang kebanyakanya boleh berbahasa malyu loghat selatan thai, tapi gembira juga dapat bercakap dalam bahasa thai mengingat kembali beberapa perkataan yg telah lama saya hafal ketika datang kesini beberapa tahun dulu, mereka pula bersorak ketawa bila mendengar saya berbahasa thailand bahasa rasmi mereka.
dalam perjalanan balik begitu banyak sekatan tentera thai sepertinya selatan thai sudah tidak aman lagi tapi ummat islamnya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa kerana mereka tidak ada pilihan dan memang mereka seharusnya terus tabah untuk meneruskan kehidupan saya sempat singgah bergambar dimasjid kerisik dimana berlakunya peristiwa umat islam yang sedang khusyuk solat jamaah ditembak dengan kejamnya kesan tembakan masih jelas kelihatan pada dinding mejid kersik,kasihan saudara kita diselatan thai ada saja ujian dan musibah yg menimpa.kali ini saya balik melalui takbai sempadan malaysia thai yg juga telah mencatat sejarah peristiwa pembunuhan ummat islam yg sangat kejam dan tak berperikemanusiaan, saya menyeberangi sg golok menaiki bot kecil dengan harapan akan sampai cepat ke lapangan terbang kota bahru namun nasib tidak menyebelahi saya pada hari itu kerana tak sempat juga ke kaunter masuk sebelum ditutup apa pun semuanya sudah menjadi ketentuan Allah